a moment with as...

Hidup akan lebih bermakna bile kita berkorban untuk insan lain and... life is what you can make of it>> treasure it!>>>to make something special, just believe that it is special>>>

Thursday, June 25, 2009

ANNOUNCE

KWN2...
AS DAH PEGI KAT BLOG BARU>>

http://amirahsyahirah.blogspot.com

BLOG NI SEMALAM AKU GATAI TGN SGT, PG CUSTOMIZED DASYAT2..SAMPAI AKU SENDIRI PUN BLUR NGN BLOG AKU..

JD, KORG JADILAH FOLLLOWER SAYE KAT SANE EK..EK..

TQ..

Wednesday, June 24, 2009

dRiVinG tEsT~

hurm~
hambar~
tension~
emotion disorder~

ceritanyer bermula>>>>

sesampai sahaja daku at
'pusat latihan memandu nuri'
[wah! bukan nak promote Nuri tu ok]
daku mendaftarkan diri di kaunter
2-09 adalah nombor giliran yg daku terima
bergeraklah daku bersame calon laen ke pondok menunggu di litar

wah! cik nervous mula menjelma
ayat kursi dah ku bace berulang kali
3 qul juge di repeat-repeat
melihat sorg demi sorg pergi berjuang
ade yg syahid
ade juge yg najah
[hehe..ala2 perang gitu]

sedang memerhatikan mereka yg berjuang
tiba-tiba(sila bace dgn nada kanak2 dalam pertandingan bercerita)
nombor 9 siri 2?????!!!!
huh?
saye..!saye..!
panglima berkata>>
'awak pergi berjuang di bukit dan parking dahulu'
daku yg kerdil, hanyalah seorang pejuang mematuhi arahan panglima perang
cube teka....
saye bejaye ke tak??????
hehe..alhamdulillah!!
saye berjaye dalam perang pertama!

kemudian..
menunggu lagi di bawah pondok
saye menuggu 'kuda' untuk ke medan juang
perang 2!
dalam hati berdoa>>
moga2 mendapat pegawai yg baek
dalam 4 ke 6 org pegawai
ade sorg yg sangat baek>>berjiwa kebapaan>>
i want him!
malangnyer.....
dapat yg laen..
a quite serious jpj officer
but
not as strict as another one
suke gagalkan pejuang2 yg lemah dan masih terkial2 nih..

saye pn mulakan dgn 5 perkara asas
saye pn meng-adjust seat
cermin belakang dan sisi
fasten the seat belt
make sure free gear
start engin
cek signal
and....wiper
'kuda' pun mula berjalan
keluar dari litar untuk ke jalan raya
saye diberi jalan E!
jalan yg semua org taknak tu la yg saye dapat
huk3...
takpe..batin berkata>>takpe, dapat la mane2 jalan pun
kalau Allah nak bg lulus
lulus jugak>>sedapkan hati>>ehee~
saye bawa dalam kelajuan 40 ke 60 untuk jalan yg straight and tak sebok
wah>>hati berkate>>
hmm...sume nampak ok!
boleh ni..sket lagi nak sampai
sket lagi nak belok ke litar(dari jalan raya td)
sebelum belok...
saye berhenti
memberi keutamaan pada kereta sebelah sane
dan...dan...
sebuah motor
'hmm..lambat lagi moto nih, boleh lepas ni'
aaaaa....
alamak pesal nih??
kenapa tak mampu nak tekan minyak ni??
huh? aci(makcik india si penunggang motor) tu dah dekat!
huh..kelam..kelam..
what?!
aaarghh..
enjin mati betul2 kat tgh jalan 2..
masa nak cross jalan tuh!
arrgh...
encik jpj tu pun bukak tingkap
lalu dgn baeknye aku berkate sambil mengangkat tgn>>
'aci..~ mintak maaf!'
huh.kate encik jpj>>haish..nasib baek aci tu slow tau, kalau tidak...??
aduish>>>
hiba................
aku monolog>>confirm fail lah nih!
hurm....
kot2 boleh bodek~
'tuan, tolonglah saye....tolonglah....'
suare pn dah ketar2 dah
'bukan salah saya, kamu tu..kamu nampak tak moto tu td??hurm..'
'ye..saye tahu salah saye, tp tolonglah...'
'td sepatutnye kamu tunggu motor tu lepas dulu'
apepun sebenarnyer aku sagt la lemah bab2 bodek membodek nih
hurm..dah lah, tak gune nak merayu ke ape ke..
dah tau confirm fail..
lalu saye pn memberanikan diri, nak tye lg..
'encik, td nak ikutkan, saye okay ek jalan raye?'
'hmm..tgk..(sambil menunjukkan kertas penilaian) saye tak pangkah sgt pn,
ni je yg saye tanda..'
'oh, kirenyer td saye ok lah ye encik? cume td tuh..ayoooo..aci...'
hurm..
takpelah..
sebelum turun dari kereta tu..
'terima kasih encik'

itulah al-kisah nyer...
kenalah repeat next week>>1st july is the time!
tebus balek..tebus..

Labels:

Monday, June 15, 2009

fuh..fuh..


hye...fuh..fuh.. a sound from bunyi mulut yg meniup blog yg dah mula nak berhabuk nih..haha..

hmm..ape korg akn buat bile doktor kate: adk, maafkan saya, adk disahkan menghidap barah otak tahap 2....
uwaaaa~ perasaan saat i2............hanya Tuhan yg tahu..
hmm..simtom pesakit barah otak ~

kat sini some info about brain cancer,
saudaraku mati akibat penyakit ini...

here we go!!

Berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di s
ekelilingnya.
Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan?
Ia boleh diklasifikasikan sebagai:

1. Tumor Benigna (bukan kanser).

2. Tumor Malignan (kanser).

Terdapat 2 kategori tumor otak

1. Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak.

2. Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.


Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak?
Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak, didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerja-pekerja kilang penapis minyak, industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.

Apakah gejala-gejala tumor otak? Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:
* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.
* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.
Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa', hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut.

Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser.


Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut :
* Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
* Lilitan kepala membesar.
* Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata.

Di kalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:
* Loya dan muntah.
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
* Gangguan makan.

* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
* Perubahan pada gaya berjalan (berjalan terencot-encot), ataksia (terhuyung-hayang).
* Kesukaran untuk berjalan.

* Keletihan dan terasa lemah badan.
* Peningkatan berat badan.
* Perubahan pada endokrin.

Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:
* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.

* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).

* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.

* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).

* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.

* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini? Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.

bersyukurlah pada siape2 yg menghidap penyakit sebelum dia pergi. Anggaplah ia bonus dari Allah memberi peluang padanya untuk bertaubat. Rugilah pada mereka yg pergi secara tiba2 sebelum bertaubat..

Labels: