a moment with as...

Hidup akan lebih bermakna bile kita berkorban untuk insan lain and... life is what you can make of it>> treasure it!>>>to make something special, just believe that it is special>>>

Thursday, June 25, 2009

ANNOUNCE

KWN2...
AS DAH PEGI KAT BLOG BARU>>

http://amirahsyahirah.blogspot.com

BLOG NI SEMALAM AKU GATAI TGN SGT, PG CUSTOMIZED DASYAT2..SAMPAI AKU SENDIRI PUN BLUR NGN BLOG AKU..

JD, KORG JADILAH FOLLLOWER SAYE KAT SANE EK..EK..

TQ..

Wednesday, June 24, 2009

dRiVinG tEsT~

hurm~
hambar~
tension~
emotion disorder~

ceritanyer bermula>>>>

sesampai sahaja daku at
'pusat latihan memandu nuri'
[wah! bukan nak promote Nuri tu ok]
daku mendaftarkan diri di kaunter
2-09 adalah nombor giliran yg daku terima
bergeraklah daku bersame calon laen ke pondok menunggu di litar

wah! cik nervous mula menjelma
ayat kursi dah ku bace berulang kali
3 qul juge di repeat-repeat
melihat sorg demi sorg pergi berjuang
ade yg syahid
ade juge yg najah
[hehe..ala2 perang gitu]

sedang memerhatikan mereka yg berjuang
tiba-tiba(sila bace dgn nada kanak2 dalam pertandingan bercerita)
nombor 9 siri 2?????!!!!
huh?
saye..!saye..!
panglima berkata>>
'awak pergi berjuang di bukit dan parking dahulu'
daku yg kerdil, hanyalah seorang pejuang mematuhi arahan panglima perang
cube teka....
saye bejaye ke tak??????
hehe..alhamdulillah!!
saye berjaye dalam perang pertama!

kemudian..
menunggu lagi di bawah pondok
saye menuggu 'kuda' untuk ke medan juang
perang 2!
dalam hati berdoa>>
moga2 mendapat pegawai yg baek
dalam 4 ke 6 org pegawai
ade sorg yg sangat baek>>berjiwa kebapaan>>
i want him!
malangnyer.....
dapat yg laen..
a quite serious jpj officer
but
not as strict as another one
suke gagalkan pejuang2 yg lemah dan masih terkial2 nih..

saye pn mulakan dgn 5 perkara asas
saye pn meng-adjust seat
cermin belakang dan sisi
fasten the seat belt
make sure free gear
start engin
cek signal
and....wiper
'kuda' pun mula berjalan
keluar dari litar untuk ke jalan raya
saye diberi jalan E!
jalan yg semua org taknak tu la yg saye dapat
huk3...
takpe..batin berkata>>takpe, dapat la mane2 jalan pun
kalau Allah nak bg lulus
lulus jugak>>sedapkan hati>>ehee~
saye bawa dalam kelajuan 40 ke 60 untuk jalan yg straight and tak sebok
wah>>hati berkate>>
hmm...sume nampak ok!
boleh ni..sket lagi nak sampai
sket lagi nak belok ke litar(dari jalan raya td)
sebelum belok...
saye berhenti
memberi keutamaan pada kereta sebelah sane
dan...dan...
sebuah motor
'hmm..lambat lagi moto nih, boleh lepas ni'
aaaaa....
alamak pesal nih??
kenapa tak mampu nak tekan minyak ni??
huh? aci(makcik india si penunggang motor) tu dah dekat!
huh..kelam..kelam..
what?!
aaarghh..
enjin mati betul2 kat tgh jalan 2..
masa nak cross jalan tuh!
arrgh...
encik jpj tu pun bukak tingkap
lalu dgn baeknye aku berkate sambil mengangkat tgn>>
'aci..~ mintak maaf!'
huh.kate encik jpj>>haish..nasib baek aci tu slow tau, kalau tidak...??
aduish>>>
hiba................
aku monolog>>confirm fail lah nih!
hurm....
kot2 boleh bodek~
'tuan, tolonglah saye....tolonglah....'
suare pn dah ketar2 dah
'bukan salah saya, kamu tu..kamu nampak tak moto tu td??hurm..'
'ye..saye tahu salah saye, tp tolonglah...'
'td sepatutnye kamu tunggu motor tu lepas dulu'
apepun sebenarnyer aku sagt la lemah bab2 bodek membodek nih
hurm..dah lah, tak gune nak merayu ke ape ke..
dah tau confirm fail..
lalu saye pn memberanikan diri, nak tye lg..
'encik, td nak ikutkan, saye okay ek jalan raye?'
'hmm..tgk..(sambil menunjukkan kertas penilaian) saye tak pangkah sgt pn,
ni je yg saye tanda..'
'oh, kirenyer td saye ok lah ye encik? cume td tuh..ayoooo..aci...'
hurm..
takpelah..
sebelum turun dari kereta tu..
'terima kasih encik'

itulah al-kisah nyer...
kenalah repeat next week>>1st july is the time!
tebus balek..tebus..

Labels:

Monday, June 15, 2009

fuh..fuh..


hye...fuh..fuh.. a sound from bunyi mulut yg meniup blog yg dah mula nak berhabuk nih..haha..

hmm..ape korg akn buat bile doktor kate: adk, maafkan saya, adk disahkan menghidap barah otak tahap 2....
uwaaaa~ perasaan saat i2............hanya Tuhan yg tahu..
hmm..simtom pesakit barah otak ~

kat sini some info about brain cancer,
saudaraku mati akibat penyakit ini...

here we go!!

Berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di s
ekelilingnya.
Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan?
Ia boleh diklasifikasikan sebagai:

1. Tumor Benigna (bukan kanser).

2. Tumor Malignan (kanser).

Terdapat 2 kategori tumor otak

1. Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak.

2. Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.


Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak?
Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak, didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerja-pekerja kilang penapis minyak, industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.

Apakah gejala-gejala tumor otak? Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:
* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.
* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.
Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa', hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut.

Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser.


Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut :
* Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
* Lilitan kepala membesar.
* Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata.

Di kalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:
* Loya dan muntah.
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
* Gangguan makan.

* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
* Perubahan pada gaya berjalan (berjalan terencot-encot), ataksia (terhuyung-hayang).
* Kesukaran untuk berjalan.

* Keletihan dan terasa lemah badan.
* Peningkatan berat badan.
* Perubahan pada endokrin.

Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:
* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.

* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).

* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.

* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).

* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.

* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini? Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.

bersyukurlah pada siape2 yg menghidap penyakit sebelum dia pergi. Anggaplah ia bonus dari Allah memberi peluang padanya untuk bertaubat. Rugilah pada mereka yg pergi secara tiba2 sebelum bertaubat..

Labels:

Sunday, May 24, 2009

hah!
thanx to kawan2 yg respon to my blog~
actually, i just found new weblog..so, visit me at http://miravcd.xanga.com..
tapi takpe..i'm still akn corat coret kat cni..
okes, jumpe disane..hahahah!
oh ye..klo u all sign up 4 xanga.com, dont 4get to let me know and kite boley jd kwn~
okes, i'm off~

Labels:

Thursday, May 21, 2009

berape jam kah kita telah hidup?

hye pals out there!





old lady





wah! bukan senang nak kire..kire2..i borned on march 16,1990,

on friday..aku dah hidup selama 168 168 jam..atau pun

7007 hari.....anda pulak macam mane??







young lady


Labels:

Sunday, May 17, 2009

reUniOn yg KeCik....

look! muke2 bahagia kengkawan...mane2 muke yg candid2 tuh, sowi aje la ek...korg ttp cun jgk..he2..



Nab tumbuk aku! aaaaa~ gelang tu Nab kasi..haha





walau cume seketika....tapi ia sanagt bermakna~



sronok bile dgr cerita dr dorang..macam2 ada~..


sumenye dah ke sane ke sini~



di j.j kita bertemu~ jaya jusco~kinta city~
16hb Mei 2009


sumenye rancak bersembang..almaklumlah lame tak jumpe...





Kalo sume org nak tau.......
Syera lah dalangnye!
Thanx Syera!
U done ur best!







if A = 1, B = 2, C = 3....Z = 26....

then.... L+O+V+E = 54...

F+R+I+E+N+D+S+H+I+P = 108, interesting?

Friendship is TWICE stronger than love...
so, FRIEND FOREVER!

Labels:

cara syaitan mempengaruhi wanita


Syaitan mkeluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah emiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia cara bertahap:


I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?Pertama, Membuka Bahagian TanganTelapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?Kedua, Membuka Leher dan DadaSetelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.Ketiga, Berpakaian Tapi TelanjangSyaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).Keempat, Agak di Buka SedikitSetelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.Pertama, Membuka Telapak Kaki dan TumitSyaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh BetisTerbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.Ketiga, Terbuka Seluruh BetisKini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah